Apabila seorang
lelaki benar - benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,
perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras
seperti batu selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas.. Bahkan lelaki yang
mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya. Sekeras
manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun
kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan
lelaki untukmu itu... Sekiranya kamo tidak menyedari teman lelaki kamo dengan
rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-
terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang
berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi
atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu... Selain itu, jika
kekasih kamu sentiasa buat hatimu senang dan terharu, itu tandanya dia inginkan
perhubungan yang serius daripada kamu, "SUDAH TENTU
DALAM PERHUBUNGAN KITA MAHUKAN SESUATU KENANGAN YANG MANIS UNTUK
DIKENANG".
Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana yang ceria setiap
kali bersama orang yang dianggap special dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi
satu tanggungjawab membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan
terhibur...Janganlah kamu anggap kekasih kamu seorang yang kuat membebel,
sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat nasihat bermaksud
mengingati.. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayang agar hubungan
kamu menjadi lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya, dia amat sayangkan
kamu dan perhubungan.. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan
termasuklah bimbang akan kehilangannya.. Dalam pada yang sama, kekasih kamu
menyatakan dia selalu fikirkan perhubungan dan bagaimana untuk menyelamatkan
dari berakhir begitu saja. Kalau boleh mestilah mahu kejinjang pelamin.!!! Lucu
tapi hakikatnya begitulah apabila kekasih kamu berperangai seperti
kebudak-budakan semata-mata untuk mendapat perhatian daripada kamu.. Si dia
ingin bermanja dan inginkan melayankannya lebih daripada orang lain yang kamu
sayang.. Kalau dia merajuk.. Pujuklah dia sesekali.. Jangan pernah kamu
menganggap manjanya itu mengada-ngada.. Bukan mudah untuk lelaki menunjukkan
sikap yang manja itu kepada perempuan. Hanya untuk kekasih hatinya sahaja..Kamu
hadapi masalah orang yang pertama membantu kamu adlah kekasih kamu.. Tandanya
dia tidak mahu kamu didalam keadaan yang susah hati..
Beruntungnya kamu !!! Kamu
memberitahunya yang kamu akan ke satu tempat dalam satu tempoh yang lama..
Tiba-tiba dia gelabah, itu tandanya, dia lansung tidak bolah berjauhan denganmu
dan kamu tidak perlu ragu dengan kesetiaannya.. Sekiranya kekasih kamu setiap
hari bertanyakan soalan yang sama " u masih sayangkan i
??? " Janganlah kamu menganggap satu soalan yang bosan.. Itu tandanya,
dia tidak mahu kasih sayang kamu padanya menjadi luntur.. Si dia sanggup
menitiskan air matanya demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan
air matanya hanya untuk seorang perempuan.. Tidakkah kamu terharu melihat
seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu.. Itu tandanya,
cintanya begitu kuat kepada kamu.. Manusia tidak ada yang sempurna samalah juga
kekasih kamu, x lari dari membuat kesilapan dan kadang-kadang buat kamu kecik
hati.. Tapi kalau dia mahu berubah adalah satu perkara ynag baik dan kamu perlu
sokong dia... Berilah dia masa untuk berubah.. Nak berubah bukanlah senang, tapi
kalau dia berubah demi untuk membahagiakan kamu, itu satu perkara yang baik..
Janganlah kamu mencari pengganti dia semata-mata kamu kecik hati dengan dia..
Dan kamu pasti ke yang peganti kamu boleh membahagiakan kamu.. Dan pengorbanan
paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa dia amat menyayangi kamu apabila
dia lebih mementingkan kamu dari dirinya sendiri.. Apa saja yang dia lakukan
semata-mata untuk kamu.. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap
kali bersama dia.. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya...
berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar
lelaki...
No comments:
Post a Comment