Suatu hari seorang gadis sedang berjalan-jalan di sebuah taman yang dipenuhi oleh bunga-bunga yang cantik.
sedang gadis itu berjalan-jalan tiba-tiba gadis itu terserempak dengan seorang jejaka.Oh itu jejaka yang diminatinya sejak dulu lagi.Lalu si gadis bersembunyi di belakang sebatang pokok untuk melihat jejaka itu dari jauh.
Jejaka itu sedang bermain bola dengan seorang budak lelaki yang comel.Si gadis tersenyum melihat mereka.Terlintas di hatinya ingin turut sama bermain bola dengan mereka.Namun dia tahu itu cuma angan-angan.
Namun malang tidak berbau,bola yang dibaling budak lelaki itu telah bergolek ke tengah jalan dan jejaka tersebut cuba untuk mendapatkan bola tersebut.
Tiba-tiba......
DUMMMMMM!!!!!!
Si gadis tergamam.sebuah kereta telah melanggar jejaka tersebut ketika dia cuba mengambil bola tersebut.
Saat itu kaki nya terasa sangat lemah,namun digagahi jua untuk berlari mendapatkan jejaka yang terbaring di tengah jalan tersebut.Darah berlumuran...budak lelaki tadi menangis teresak-esak di sisi jejaka tersebut.Kaku.Hanya air mata yang menemani saat itu.Lalu si gadis berbisik ke telinga jejaka tersebut.Satu persatu diucapkan.
awak...
1) Saya suka awak.sejak pertama kali saya lihat awak.
2) Saya suka tengok awak senyum.
3) Saya tak boleh tengok kalau awak jalan dengan gadis lain.
4) Saya selalu ingat awak sebelum saya tidur.
5) Saya dah tulis beratus-ratus sms cinta untuk awak,tapi satu pun saya tak pernah sent pada awak.
6) Saya nak cakap dengan awak 'saya perlukan awak',tapi tiap kali itulah lidah saya kelu.
7) Saya nak jadi yang istimewa untuk awak.
8) Saya nak jaga awak sampai bila-bila.
9) Saya tak nak kehilangan awak.
10) Saya sayang awak.
saat itu terasa air hangat mengalir di pipi si gadis.Hajat yang tidak kesampaian dan rahsia yang disimpan sekian lama terluah jua.Namun segalanya telah terlambat.Lalu disedekahkan al-fatihah untuk si jejaka.Yang tinggal hanya cebisan kenangan.
No comments:
Post a Comment